Perasan tak, kalau
korang perasan la.. Orang yang tua dulu nampak lebih berseri dan muda. Kadang-kadang
rasa geli hati juga tengok gelagat anak-anak yang sentap sebab dapat soalan
yang kata mak dan diorang adalah adik beradik, sebab ternyata nak dorang nampak
lebih tua berbanding usia.
Pastinya faktor penuan
ini ada pelbagai. Ini antaranya:
- Sikap dan tingkahlaku. Orang yang ceria, happy, positif dan optimis
lebih nampak seri dan muda berbanding orang yang garang, pemarah, stress. Sebab
tu nabi suruh senyum. Jadi senyum-senyumla selalu ya. Senyumkan sedekah.
- Merokok dan minum alkohol. Senang cerita merokok dan minum ni banyak menyebabkan
sel mati. Sel mati buatkan kita nampak tua.
- Terdedah kepada sinaran UV. Sinaran UV boleh buatkan kulit jadi
berkedut dan rosakkan sel kulit. Semua tu buatkan korang nampak tua.
- Berat. Orang yang underweight kurang lemak yang akan sebabkan kulit jadi kendur
dan menyebab kedutan. Orang yang overweight lain pula. Terlebih lemak dalam
badan buatkan dorang kurang aktif. Bila kurang aktif terdedah pada banyak
sakit-sakit kronik. Semua ni buatkan korang nampak tua.
- Pemakanan. Pilihan makanan korang penting untuk tentukan
korang muda atau tua. Makanan yang boleh buatkan inflamation process aktif macam
makanan yang tinggi lemak, gula, makanan proses, dan rendah serat buah-buahan
dan sayur-sayuran akan buatkan korang nampak tua. Banyakkan makanan natural
dan semulajadi boleh buatkan korang nampak muda.
Rujukan:
0 comments:
Post a Comment