Akuh ;]

Bismillah~

Akuh insan kerdil, lemah..
dalam kembara, biarpun terhuyung hayang..
kenkadang jatuh, naik semula,
kenkadang semangat, jatuh semula,
kerna arus dunia ini terlalu deras, laju, & kuat,

Serangan bertubi-tubi,
biarpun fizikal serta jasadku baik,
masih sejahtera dan sihat,
masih boleh senyum dan gumbira..
namun mental dan ruh akuh berterusan diserang, dibedil dan digilis,
penuh dahsat, menyayat hati,
Menyedihkan bukan akuh keseorangan,
Perang ini turut melibatkan adik2ku, abg2ku, kakak2, ayah2ku, ibu2ku,
Membawa akuh dan mereka jauh dr Tujuan penciptaan kami,
huh, berat nanang sungguh agenda diorang~

...sehingga diri terdetik,
sampai bila akuh nk jd mcm ni yek..?
layan muvi xsedarkan dunia,
hidup game lupa realiti,
musik jadi halwa telinga, bulih kata tenang dengar genre bingit dan pop ye yeah, ohoi!
bab jiwang tok sah cakap, memang akuh nombot satu la~
stalk orang kat FB memang pakar..
hmm..

biarpun akuh dari haluan ini,
ikut Tarbiyah dari dalam perut ummi..
lahir terus Sekolah MUSLEH,
kenal apa itu Usrah, Daurah, Nadwah..
diberi asas didikan Al-Quran dan sunnah itu sejak umur sehari..

tapi, manusia.. takkan pernah dibiarkan tanpa diuji,
syaitan dan sepupu sepapatnya brilliants..!
ado jah sokmo idea nk musnah ummat ini..
maka ayat 2 surah al-mulk merendah egoistik akuh;

Qs. Al-Mulk : 2
"Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).”


mujur alhamdulillah,
Allah sayangkan akuh,
Ditempatkan akuh ditempat yang punya biah solehah,
Diberikan didikan berterusan dan holistik,
Dipertemukan dengan kengkawan dan geng2 kaki masjid, benci maksiat, ewww..

At one point akuh syukur,
akuh sedar beberapa point penting,
akuh hidup punya misi yg besar!
akuh ada hala tuju,
akuh ada tugas yg perlu disambung, digalas & diselesaikan, Oyeh!

terus... terus.. terus..
terus melangkah, jangan putusa asa!

Qs. Yusuf : 12
“….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”

terus melangkah, jangan sedih!

Qs. Ali-Imran : 139
“Dan janganlah kamu merasa lemah dan janganlah (pula) bersedih hati. Dan kamulah orang yang paling tinggi (darjatnya) sekiranya kamu orang-orang beriman.”
terus melangkah, yakinlah kamu sebaik-baik Ummat!

Qs. Ali-Imran : 110
“Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk umat manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah.”

terus kuat,
terus teguh,
terus tsabat,
mencari spirit, menggugah semangat~
Menuju redhaNya.

Akuh si AimBaz
Changlun, Disember 27, 2013

0 comments:

Followers