Thursday, February 19, 2015

Kenapa ya..?

Nak tanya...

Malam ni, alhamdulillah berkesempatan untuk solat Maghrib di Musolla(surau) taman aku secara berjemaah. Selesai solat sunat selepas Maghrib, seperti biasa geng-geng (bqca sopan: jemaah-jemaah) masjid mula buat rutin setiap khamis dorang; baca Yaa-Sin. Okay. Takpa. Cuma ak nak tanya..?

1- kenapa dari dulu sampai sekarang asyik-asyik, baca surah Yaa-Sin je ek..? Teringin jugak nak baca surah Baqarah ke, Al-Anfaal ke, surah-surah lain dari Yaa-Sin setiap malam jumaat. Kenapa hanya rigid dengan Yaa-Sin?

2- Org kata baca Yaa-Sin sebab kita ikut nabi la. Ada hadis sebut nabi baca Yaa-Sin malam jumaat. Okay soalan aku, kenapa ada juga hadis yg sebut nabi baca Kahfi malam jumaat, tapi kita asyik nak baca Yaa-Sin ja..? 👉👈 Klu soalan aku tu tidak relevan dgn hadis tolong abaikan, al-maklumla saya ni jahil banyak ilmu hadis.

3- zaman ni banyak beno org buat benda tambahan dalam ibadah ni tapi tak ramai yang invent benda canggih macam Steve Jobs invent. Dan kebanyakan benda ibadah tambah nilai tu tak dop dalam hadis atau naas.. Tapi, islam tetap selekeh dan mundur. Berbeza dari zaman sahabat-sahabat dan zaman khalifah, depa nun buat apa yg nabi buat ja, tapi canggih doo depa, sampaikan islam jadi orde kosmos time tu. Islam new order. Awat kita dok..?

Aku jahil, tolong la bagi pencerahan..
Aku tak tahu, dan aku tanya sebab nak paham. Tolong bagi aku paham dengan dalil dan hujjah yang kukuh, supaya aku yakin. Bukankah kita belajar nak capai tahap HaqqulYaqin (the true believers!)

Kenapa ya..?

0 comments:

Followers