Monday, May 07, 2012

"Setiap kali merasakan diri saya sibuk, saya terfikir betapa jauh lebih sibuknya orang lain berbanding diri yang sangat kerdil ini"

Bismillah..


Alhamdulillah, hari ni Allah beri kekuatan pada ana untuk terus menyumbang "sesuatu" biarpun dah agak bersarang blog ni.

Berkesempatan ke Pesta Buku Antarabangsa KL di PWTC

Sabtu yang lepas, ana dan beberapa ikhwah P.S.I. [Usamah A. Kamal, Siddiq Abdullah dan Ammar] berkesempatan utk mengunjungi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC) pada 5 Mei 2012M. Kami mengambil train KTM dari stesyen Kajang direct ke stesyen Putra. Alhamdulillah, ongkosnya tidaklah seberapa mahal; hanya RM3.30 sehala.

Solat: apa kaitannya dengan kita?

Sesampai saja kami di sana, jam telah menunjukkan sekitar pukul 5.30 petang. Kami terus mencari Surau dan menunaikan solat Asar secara berjamaah. Alhamdulilah, walaupun surau PWTC agak kecil, tapi jumlah Jamaah yang hadir untuk solat sangat ramai. Ini menunjukkan bahawa masyarakat sudar sedar akan kepentingan solat!

Memetik kata-kata Prof. Muhd. Kamil Ibrahim, dalam buku barunya "Bersyukur Saat Diuji" terbitan Galeri Ilmu, pg. 61:

"Saya bersangka tiada yang akan mengatakan, 'Ujian paling besar adalah ujian tidur. Ketika muda, saya gagal bangun solat Subuh atau ketika dewasa saya gagal untuk solat berjemaah di masjid'. Kenapa? Solatlah yang akan dihisab terlebih dahulu. Ia sepatutnya menjadi isu paling besar. Namun realiti kehidupan tidaklah begitu. Solat bukanlah sesuatu yang terlampau dijaga. Jika berkesempatan, mereka akan ke masjid. Jika tidak, memadailah dengan solat di ruang pejabat atau di rumah sahaja. Malah mungkin ada yan secara terus-terusan meninggalkan solat lima waktu yang menjadi teras utama mereka yang mengaku beragama Islam. Jika orang dewasa tidak menganggap solat sebagai sesuatu isu yang besa, agaknya apalah yang boleh diharapkan daripada anak muda, misalnya anak sendiri Sara dan Azrai yang baru berusia 20 dan 21 tahun.."

Bertemu dengan 'MEREKA'

Seusai selepas solat, kami berempat melangkahkan kaki memasuki tingkat 1 PWTC. Subhanallah. "Mana satu nak kita gerak ni?," soal saya dalam hati. Tanpa diduga masuk-masuk saja PWTC, kami terpegun melihat tokoh perubatan Malaysia, seorang Pakar Mata, seorang tokoh yang sememangnya cukup positif, dan humble, Prof. Dr. Muhaya Hj. Mohamad. "Usamah, tolong jap ana nak bergambar dengan Prof. , boleh?", pintaku pada Usamah. Ana pun ambil kesempatan untuk mengambil tandatangan beliau dan bertanyakan beberapa soalan pada beliau. Kesempatan ini tidak boleh aku lepaskan begitu saja, "Nak jumpa Prof. Muhaya bukan senang. Kenapa tak gunakan peluang ni, untuk tanya apa je soalan pada beliau?".

"Dr. minta sign?". "Boleh", jawabnya ringkas. Antara soalan yang sempat saya tanya pada beliau, "Bagaimana nak bahagikan masa antara belajar dan berpersatuan?" Jawapan beliau; "Kalau rasa mampu dan boleh untuk catch up pelajaran, Go ahead. Tapi, kalau kita student yang biasa-biasa dan bukan genius adalah better untuk kita fokus dan tak perlu berpersatuan. Sebab ilmu kekal sampai kita mati tapi, persatuan akan ditinggalkan di hanya di U sahaja. Saya pun dulu tak berpersatuan pun."

Dalam kesempatan yang lain pula, kami sempat menemui Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dan Isterinya, Dr. Muna, Dr. Farhan Hadi, dan Pak Abdul Latip Talib. "Bagaimana Ustaz/Dr/Pak Latip menulis ye? Sedangkan masa ustaz/Dr./Pak Latif sebenarnya terhad". Boleh ana rumuskan jawapan mereka begini "Tidak perlu untuk tunggu masa yang khusus untuk tulis. Ada masa, tulislah. Yang penting istiqamah." melainkan Pak Latip, "Saya memang full timer sekarang. So, hari-hari saya akan menulis lebih kurang lima muka." Ditanya pada Pak Latip, ada lagi ke hasil tulisan yang ingin diterbitkan, jawabnya, "Mestilah. Masih banyak tokoh yang belum kita utarakan. Doakan saya".

Subhanallah! sedar atau tidak, dengan kesibukan mereka, masih ada kesempatan pada mereka untuk menulis bagi menyampaikan mesej Islam itu. Sekadar mencuit sikit ayat Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman dalam Travelog Tarbiyah: Jangan Berhenti 'Berlari', pg. 70-71:

Ketika beliau menggambarkan tentang keterlibatan aktif seorang tokoh Ulama hebat dalam bidang perbankan dan kewangan Islam sedunia; Prof Dr Syikh Hussain Haid Hassan,

"Cuba anda bayangkan kesibukan beliau, selepas satu mesyuarat, mesyuarat yang lain menanti. Semasa tiada mesyuarat, pelbagai ilmu dan ideanya diperlukan. Pelbagai dokumen perlu disemak. Kerana itulah saya berasa segan untuk merasa sibuk tidak kira semasa di UK atau di Malaysia. Setiap kali merasakan diri saya sibuk, saya terfikir betapa jauh lebih sibuk dan bermaknanya sumbangan ulama besar seperti beliau. Moga Allah merahmatinya dan ulama sepertinya."

Oleh itu, ana rasakan ini masanya yang terbaik untuk kembali 'MUHASABAH' apakah dengan kesibukkan kita sudah menyebabkan kita tidak mampu jadi pelajar yang cemerlang, blog yang sentiasa tidak di'update', daurah, usrah yang kureng muntij dan sebagainya. Maka "setiap kali merasakan diri saya sibuk, saya terfikir betapa jauh lebih sibuknya orang lain berbanding diri yang sangat kerdil ini.". Moga Allah memberkati kesibukan mereka yang berpenat-penat hanya semata untuk menyebarkan mesej Islam ini pada umum.
Wallahu'alam..

0 comments:

Followers