Thursday, June 27, 2019

Rasa tua dari usia korang..? Ini sebabnya.

Perasan tak, kalau korang perasan la.. Orang yang tua dulu nampak lebih berseri dan muda. Kadang-kadang rasa geli hati juga tengok gelagat anak-anak yang sentap sebab dapat soalan yang kata mak dan diorang adalah adik beradik, sebab ternyata nak dorang nampak lebih tua berbanding usia.
Pastinya faktor penuan ini ada pelbagai. Ini antaranya:
  1. Sikap dan tingkahlaku. Orang yang ceria, happy, positif dan optimis lebih nampak seri dan muda berbanding orang yang garang, pemarah, stress. Sebab tu nabi suruh senyum. Jadi senyum-senyumla selalu ya. Senyumkan sedekah.
  2. Merokok dan minum alkohol. Senang cerita merokok dan minum ni banyak menyebabkan sel mati. Sel mati buatkan kita nampak tua.
  3. Terdedah kepada sinaran UV. Sinaran UV boleh buatkan kulit jadi berkedut dan rosakkan sel kulit. Semua tu buatkan korang nampak tua.
  4. Berat. Orang yang underweight kurang lemak yang akan sebabkan kulit jadi kendur dan menyebab kedutan. Orang yang overweight lain pula. Terlebih lemak dalam badan buatkan dorang kurang aktif. Bila kurang aktif terdedah pada banyak sakit-sakit kronik. Semua ni buatkan korang nampak tua.
  5.  Pemakanan. Pilihan makanan korang penting untuk tentukan korang muda atau tua. Makanan yang boleh buatkan inflamation process aktif macam makanan yang tinggi lemak, gula, makanan proses, dan rendah serat buah-buahan dan sayur-sayuran akan buatkan korang nampak tua. Banyakkan makanan natural dan semulajadi boleh buatkan korang nampak muda.


Rujukan:


0 comments:

Followers