Alamak!! Pukul 6.30Pg dah laa.. Eh, betul ke jam nie.. Mmm.. Betulla, jam nie ikut jam kat KLCC nuh.. Takkan jam KLCC salah. Allah... Habislah aku hari nie.. Kepenatan, Kecapetan.. Huh,, tak larat 2x. Terlepas sahurla plak.. Kacau btullah... Takpe kite try lu.. Kalau tak larat.. [Hi..3x].
Ya Allah!! Baru pukul 8.30pg. Lambat lagi nak berbuka nih.. Perut aku dah berkeroncong..
"Hai, takkanlah tak sahur pun dah tak larat??'', sampuk ummi yang nampak pelakuan terukku..
Yelah.. Ummi, nie.. perut ni bagaikan lautan yang bergelora.. Tak tahu nak wat camner lagi..
"Ha, tu lah, lain kali orang kejut sahur tu.. Bangunlah.. Betul Sabdaan Nabi s.a.w., Daripada Anas bin Malik radiallahu'anhu berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada keberkatan"
Perang Badar alKubra
Pada hari Jumaat 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali Perang Badar. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Mekah. Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ.
Perang ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota berhadapan dengan 1,000 anggota tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera iSLAM memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri.
Peperangan ini adalah suatu yang luar biasa apabila tentera iSLAM yang kurang jumlah, lemah daripada sudut kelengkapan dan berpuasa dalam bulan Ramadhan memenangi pertempuran Perang Badar. Ini membuktikan puasa bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah. Orang yang berjuang demi mencapai kerdhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan. Allah menegaskan dalam Surah Ali ‘Imran ayat 123 hingga 127.
"Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya" [123]
"Ingatlah, ketika kamu mengatakan kepada orang mukmin: "Apakah tidak cukup bagi kamu Allah membantu kamu dengan tiga ribu malaikat yang diturunkan (dari langit)?" [124]
"Ya (cukup), jika kamu bersabar dan bersiap-siaga, dan mereka datang menyerang kamu dengan seketika itu juga, nescaya Allah menolong kamu dengan lima ribu malaikat yang memakai tanda." [125]
"Dan Allah tidak menjadikan pemberian bantuan itu melainkan sebagai khabar gembira(kemenangan) bagi mu, dan agar tenteram hatimu kerananya. Dan kemenanganmu itu hanyalah dari Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." [126]
"(Allah menolong kamu dalam perang Badar dan memberi bantuan itu) untuk membinasakan segolongan orang-orang yang kafir, atau untuk menjadikan mereka hina, lalu mereka kembali dengan tidak memperoleh apa-apa." [127]
"Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan diampunkan dosa-dosanya yang lalu"
0 comments:
Post a Comment