Ingat Allah Hati Tenang :)

"iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang" (Surah Ar-Ra'd:28)

Senyum tu kan sedekah

“Use your smile to change this world, but don’t let this world change your smile.” Tabassumuka li Akhika sodaqah - Senyummu utk saudaramu itu sedeqah.. :)

Tingkatkan Istighfar

"Setiap anak Adam sering melakukan dosa dan sebaik-baiknya orang yang melakukan dosa adalah orang-orang yang bertaubat". (HR. Ibnu Majah, no. 4251, dan dihasankan oleh Al-Albani.)

Mintalah pada Allah dengan Solat!

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (Surah Al-Baqarah:45)

Jadi golongan yang Berilmu dan Beramal~

“Barang siapa merintis jalan mencari ilmu maka Allah akan memudahkan bagi-nya jalan ke sorga “ (HR. Muslim)

Showing posts with label Muwassofaat. Show all posts
Showing posts with label Muwassofaat. Show all posts

Wednesday, March 18, 2009

Fuh,, hebat tul..

Bismillah..
Untuk postingan yang newest nih,, al-hamdulillah.. Dgn nikmat kurnian Allah,, dpt ilham nak post about solat..


Actually, ana tertarik membaca artikel kenyataan yang ditulis oleh penulis blog "Fight for the truth".. tentang gengz beliau yang sangat teruja bila dengar azan, pastu suma orang menuju ke satu tujuan, satu arah.. Iaitu, Pusat iSLAM, Pusat pembentukan taqwa[Masjid, Surau dsb..]..

Anyway.. Ana nak tambah di sini tntg 10 wasiat yang disampaikan al-Imam asy-Syahid Hassan al-Banna.. Wasiat pertama yang disampaikannya ialah...

"Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun"

n.. kat sini ana tertarik nak tunjuk satu vid, yang memang cukup style, tp penuh bermakna bagi kita.. So, kita roalling jap..




Amacam... teruja ak.. So, jangan biarkan Iman kita sentiasa merudum, jatuh, down...
Seharusnya.. pastikan Iman, Ihsan, Taqwa, ciri Muslim itu bergerak seiring sejalan..
Bg memastikan perjalanan kita menuju target yang ditarget..

Wallahu'alam...

Friday, November 28, 2008

10 KEPERIBADIAN(MUWASSAFAT) MUSLIM©

Nilai-nilai yang perlu dan akan dibina oleh seorang Muslim yang Taat pada Allah

Aqidah sejahtera
• Tidak menjampi kecuali dgn al-Quran yg ma’thur
• Tidak berhubung dgn jin
• Tidak meminta bantuan dari org yg meminta bantuan jin
• Tidak merenung nasib
• Tidak mendekati tukang tilik (termasuk horoscope)
• Tidak mengusap kubur
• Tidak meminta bantuan dari si mati
• Tidak bersumpah dengan selain Allah
• Tidak mempercayai adanya sial
• Mengikhlaskan amal kerana Allah
• Mengimani rukun rukun iman
• Beriman dengan azab kubur dan nikmatnya
• Mensyukuri Allah swt ketika menerima nikmat
• Sentiasa sedar syaitan adalah musuh
• Menerima sepenuhnya dari Allah dan menolak sesuatu yg diturunkan selain Allah

Ibadah yg sahih
• Tidak menolak untuk azan. Iqamat
• Tidak menolak untuk menjadi imam
• Bersuci dengan sempurna
• Sangat menghargai solat jemaah
• Sangat suka berjemaah di masjid (utk ikhwah)
• Memperbaiki mutu solat
• Qiamullail seminggu sekali
• Menunaikan zakat
• Berpuasa wajib
• Berpuasa sunat sehari setiap bulan
• Berniat utk menunaikan haji
• Beriltizam dgn adab2 tilawah
• Khusyuk ketika membaca al-Quran
• Menghafaz satu juzuk daripada al-Quran
• Berdoa pada waktu2 y gdiutamakan
• Mengakhiri hari dgn taubat dan istighfar
• Berbiat sebelum memulakan setiap amalan
• Menjauhi dosa2 besar
• Sentiasa membaca zikir pagi
• Sentiasa membaca zikir petang
• Mengingati Allah pada setiap situasi
• Menunaikan nazar
• Menyebarkan salam
• Menahan anggota dari perkara haram
• Beriktikaf di bulan Ramadhan
• Berus gigi setiap kali solat fardhu
• Sentiasa berwudhu’ sedaya mungkin

Akhlak yang mantap
• Tidak takabbur
• Mempunyai pendirian
• Tidak menipu
• Tidak mencaci
• Tidak mengadu domba
• Tidak mengumpat
• Tidak mengejek
• Tidak memperlekehkan sesuatu kumpulan
• Tidak berkawan baik dgn orang yg berkelakuan buruk
• Mengasihi orang yg lebih muda
• Menghormati orang yg lebih tua
• Menunaikan janji
• Menundukkan pendangan
• Menjaga rahsia
• Menutup dosa orang lain
• Cemburu terhadap isteri
• Cemburu atas agamanya

Mampu bekerja
• Menjauhi pekerjaan yg haram
• Menjauhi riba
• Menjauhi judi
• Menjauhi penipuan
• Menunaikan zakat
• Membuat simpanan walaupun sedikit
• Tidak menangguh tugas yg diamanahkan
• Memelihara harta peribadi
• Memelihara harta awam

Berpengetahuan
• Mampu membaca dan menulis dgn baik
• Membaca tafsir satu juzuk dari al-quran dalam sebulan
• Memelihara hukum2 tajwid
• Menghafaz sebahagian dari hadith 40
• Manghafaz 20 hadith dari riyadhussalihin
• Mengkaji marhalah Makkah dan menguasai ciri2nya yg penting
• Mengenali 10 sahabat yg dijanjikan syurga
• Mengetahui hukum2 taharah/bersuci
• Mengetahui hukum2 solat
• Mengetahui hukum2 puasa
• Membaca sesuatu di luar bidang 4 jam seminggu
• Memahirkan diri dgn wasilah2 moden
• Sentiasa peka akan serangan zionis terhadap Islam
• Mengetahui pertubuhan2 yg menyeleweng
• Mengetahui aspek2 keburukan & kebaikan dari perancangan keluarga
• Mendengar dgn baik
• Mampu memberikan pandangan
• Berwsdia menerima tugas2 jamaah
• Tidak menerima syubahat yg dilempa ke atas kita

Tubuh yg cergas
• Bersih tubuh badan
• Bersih pakaian
• Bersih tempat tinggal
• Beriltizam dgn sunnah (adab) makan dan minum
• Tidak berjaga malam berlebihan
• Intizam dgn senaman 2 jam seminggu
• Bangun sebelum subuh
• Mematuhi kaedah membaca dari aspek kesihatan
• Meninggalkan tabiat merokok
• Menjauhi tempat2 kotor
• Menjauhi tempat2 berpenyakit

Mujahadah (menguasai diri)
• Menjahui perkara2 haram
• Menjauhi tempat2 lalai
• Menjauhi tempat2 maksiat

Teratur urusan
• Penampilan yg kemas
• Berdisiplin
• Tidak mempunyai hubungan dgn pihak yg menentang Islam

Sangat menghargai masa
• Mempunyai perancangan harian/mingguan/bulanan yg teratur
• Bangun awal
• Gunakan masa utk membaca

Bermanfaat utk orang lain
• Menunaikan hak ibubapa
• Menyertai majlis2
• Membantu org2 yg memerlukan
• Membimbing org yg sesat
• Berkahwin dgn pasangan yg sesuai utk kepentingan fikrah Islam

Followers