Saturday, April 10, 2010

Mencari Mutiara di Pulau Mutiara

Salam..
Soieww lambat bangat diposting tentang X-Cell [Program JKPRB].. yang kitaorang ikut pada 14-16 Mac 2010 yang lalu. Sepanjang mengikuti PRODUCE(Projek Dua Tahun Remaja Cemerlang); kitaorang Generasi yang ke-4, [sejak 2008 - XREK(Ekspedisi Remaja Kental), 2009 - LEADeRS(Latihan Ekstensif Asas Dakwah & Kepimpinan Remaja Musleh) + XPERT 2010 - XCELL] Xcelllah program yang ana rasakan, cukup bermakna bagi diri ana... bersama shabat2 produce yang lain.. Tapi, apa yang cukup menyedihkan hati ialah.. pada akhir pertemuan kitaorang diXcell, ketika bsalam-salaman, ada di antara sahabat2 ikhwah bisik kat telinga, katanya; "Insyallah, kita jumpa lagi ye, di MHi(Madrasatul Hayyah) tahun depan..". Serba salah rasanya nak balas jawapan diaorang.. Sebab kitaorang kemungkinan besar, tak leh ikut.. Kitaorang baru Form5 tahun depan.. Ana pun jawab ;"Insyallah.. Moga bertemu lagi..". Diharapkan inilah apa yang Rasulullah s.a.w. maksudkan sebagai pemuda yang mendapat lindungan 'Arash Allah di hari tiada perlindungan melainkan perlindungan Allah, apabila bertemu dan berpisah dengan sahabatnya hanya mengharapkan keredhaan daripada Allah.
"..bertemu dan berpisah hanya keranaMu Ya Allah.."

Mencari Mutiara di Pulau Mutiara

XCELL 2010

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah swt di atas limpah & kurnianya, program PRODUCE yang pertama 2010 iaitu XCELL 2010 telah Berjaya diadakan pada 14-16 Mac 2010 yang lalu. Seramai 81 orang peserta dari seluruh semenanjung Malaysia telah hadir. XCELL 2010 kali ini telah diadakan di Masjid Daerah Barat Daya, balik pulau, Pulau Pinang.

Antara objektif utama XCELL 2010 ialah:

  1. Memastikan para remaja memahami konsep “Cemerlang Dakwah Cemerlang Akademik“
  2. Memberi persediaan kepada para remaja untuk menjadi pemimpin.
  3. Memberi focus kepada kecemerlangan SPM 2010.
  4. Merangsang para remaja agar meminati bidang diniah.

Program XCELL 2010 ini telah dirasmikan oleh YDP JIM Pulau Pinang iaitu Tuan Haji Taufek Bin Abd Rahman. Diantara slot yang telah dilalui oleh para peserta ialah Minda super, Talk Show : cemerlang Dakwah Cemerlang Akademik, Tokoh Ilmuwan, Lawatan ke USM & Pusat Falak, tayangan filem : Laskar Pelangi, Motivasi : Aku Mesti Hebat & Impian Melangit. Para peserta kali ini berpeluang untuk bersama dengan Dr Danial zainal Abidin di dalam slot Tokoh Ilmuwan.

Slot Minda Super lebih menekankan tentang skil & teknik berkesan untuk focus dalam SPM, slot ini telah disampaikan oleh Puan Sharlina. Talk Show “ Cemerlang Dakwah Cemerlang Akademik “ pula member input yang baik & berkesan kepada para peserta tentang kejayaan-kejayaan aktivis dakwah yang suatu ketika dahulu aktif dalam program dakwah di IPT dan juga cemerlang di dalam akademik. Dr Danial zainal Abidin selaku Penulis Buku & pakar perubatan turut meluangkan masa bersama program XCELL melalui slot Tokoh Ilmuwan, slot Aku Mesti Hebat pula telah menyuntik semangat para peserta agar lebih bersungguh-sungguh dalam menempah kejayaan di dalam SPM 2010 nanti, dalam masa yang sama para peserta turut dibawa ke USM Minden & Pusat Falak Sheikh Tahir sebagai pendedahan ilmu yang lebih meluas kepada mereka.

Tahniah diucapkan kepada KRJ Pulau Pinang yang telah Berjaya menjadi tuan rumah XCELL 2010 buat kali kedua. Berdasarkan komen beberapa peserta, program XCELL 2010 ini telah pun membuka minda para peserta dan telah Berjaya menyampaikan objektifnya kepada para peserta.

Akhir kata, jazakumullahu khairan kathira diucapkan kepada semua pengurus KRJ Negeri, AJK KRJ Pulau Pinang & Jk Pelaksana XCELL 2010, Para peserta XCELL 2010, JIM Pulau Pinang serta semua yang telah terlibat secara langsung demi menjayakan program XCELL 2010 ini.

“Kami Remaja Excellent“

Hafiz Bai
Pengarah KRJ Pusat
19 Mac 2010

XCELL 2010XCELL 2010







XCELL 2010



XCELL 2010



XCELL 2010



XCELL 2010



XCELL 2010



XCELL 2010



XCELL 2010



XCELL 2010



XCELL 2010



XCELL 2010




XCELL 2010

0 comments:

Followers