Monday, November 30, 2009

Majlis Daurah Ilmu Intensif ‘09

Tarikh : 20 – 25 November 2009.

Hari : Jumaat – Rabu.

Tempat : Kompleks Pendidikan Al-Azhar.

Allah memilihku ke sana

Ke satu majlis yang mana disebut sebagai Raudun min RiyadulJannah…

إذا مررتم بالرياض الجنة فارتعوا. قالوا: وما رياض الجنة يا رسول الله: ((حلق الذكر...))


Best cakap engko, beruntunglah sapa yang ikut Daurah tahun ni dari awal sampai habis.. Ternyata, pengisisan ilmiah tahun ni kalau nak dibandingkan dengan tahun sebelum-sebelum ni, beza sangat la bagi ana.. Tapi, walau macam mana sekali pun, semuanya bergantung kepada niat@tujuan kehadiran masing-masing, ikhlas ke tak ikhlas..


Senang nak jelaskan di sini ialah Daurah Ilmu adalah merupakan program tahunan sekolah yang mewajibkan semua Student Menengah Al-azhar [Sekolah Menengah Al-Azhar(SMAZ)] untuk mengikutinya. Kebiasaannya Daurah Ilmu ini diadakan sehari selepas cuti persekolahan bagi satu penggal pengajian. Target utama/Objektif utama daurah ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada peserta-peserta daurah akan pengajian kitab yang akan ditempuhi di peringkat universiti kelak. Berikut merupakan silibus sukatan pengajian daurah mengikut Kategori[1-3].

Kategori Satu
  • Qawaid/Nahu [Tatabahasa Arab]
  • Fiqh [hukum hakam syar'ie]
  • Hadis Rasulullah s.a.w [Sumber kedua umat Islam]
Kategori Dua
  • Fikrah [10 Wasiat Imam Hassan alBanna]
  • Qawaid/Nahu [Tatabahasa Arab]
  • Sorof [Tatabahasa Arab]
  • Tajwid [Ilmu mengelokkan bacaan alQuran]
  • Tauhid/Aqidah [Kepercayaan yang teguh kepada Allah yang Esa]
Kategori Tiga
  • Fikrah [Kepentingan Syahadatain]
  • Qawaid [Tatabahasa Arab]
  • Tajwid [Ilmu mengelokkan bacaan alQuran]
  • Faraid [Ilmu pembahagian harta pusaka]
  • Akhlaq [Beradab dengan adab Islam]
  • I'jazul 'Ilmi [Mukjizat Ilmu]
dan majlis pengajian daurah ni, menitik beratkan semua muallimin untuk menghabiskan sukatan masing-masing dalam masa yang ditetapkan. Itu yang menyoronokkan sebenarnya. Pengajian di universiti mengambil masa satu sem untuk habiskan silibus, tapi kitaorang dapat dalam masa seminggu je.
Daurah mula diadakan pada empat tahun yang lepas [2006-sama dengan tarikh penubuhan SMAZ]. Orang penting dalam memastikan perjalanan daurah ini terlaksana ialah Mudir SRAZ/SMAZ, Tn. Hj. Us. Sayuti b Ramli. Inilah serba sedikit maklumat yang boleh dikongsikan bersama.. Alhamdulillah Majlis Daurah Ilmu Intensif 2009 sudah pun melabukan tirainya pada petang 25 November yang lalu.. Seramai lebih kurang 90 peserta mendapat sijil daurah. Cuma yang tinggal sekarang ialah macam mana kita nak memanfaatkan ilmu yang diperoleh dengan sebaiknya.

"..untuk memperoleh sesuatu Ilmu itu bukanlah sesuatu yang susah, tapi bagaimana untuk kita mempraktikkan ilmu agar ia bermanfaat itu yang penting.."
-AimBaz-

Tak dilupakan jasa/pengorbanan/penat lelah muallimin/asatizah yang mengajar sepanjang majlis Daurah berlangsung.. jazakumullahu Khairan ustaz..

berikut merupakan gambar yang sempat dirakamkan lensa kamera ana sepanjang program Daurah 09 berlangsung..


n many mores..

aimbaz|2009©

0 comments:

Followers